Tuesday, December 29, 2009

10 AMALAN TERBALIK YG SELALU KITA BUAT...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai danmenghitung kembali tentang amalan harian kita.Kadang-kadang kita akan dapati amalan kitaadalah terbalik atau bertentangan dari apa yangpatut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkinkita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikanapa yang dipaparkan dibawah sebagai contohamalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yangdilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatukematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuhdan seterusnya) adalah terbalik dari apa yangdianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullahtelah menganjurkan jiran tetangga memasakmakanan untuk keluarga simati untukmeringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,terpaksa pula menyedia makanan dan belanjauntuk mereka yang datang membaca tahlil.Tidakkah mereka yang hadir makankenduritersebut khuatir kalau-kalau mereka termakanharta anak yatim yang ditinggalkan oleh simatiatau harta peninggalan simati yang belumdibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kendurikahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wangyang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duitnak dikepit dalam tangan, maka segan ia nakpergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahorang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilahkita patut memberi sedekah. Kalau ke kendurikahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumahpanggil untuk diberi makan bukan untuk iamenambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kitaberpakaian cantik kemas dan segak tetapi bilamengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang takberbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampaihabis apa yang dihidangkan kerana rasa segandan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkanmakan dan dihabiskan apa yang dihidang supayatuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapikalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumahseperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untukmengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsutermasuk nafsu makan yang berlebihan tetapikebanyakan orang mengaku bahawa dalam cartaperbelanjaansetiap rumah orang Islam akan kita dapatiperbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggidalam setahun. Sedangkan sepatutnyaperbelanjaan dibulan puasa yang terendah.Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orangakan membuat kenduri sebelum bertolak keMekah dan apabila balik dari Mekah tak buatkenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialahkerana selamat dari bermusafir, maka dibuatkenduri, bukan kerana nak bermusafir, makadibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kitamempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anakmereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah kekelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapikalau anak tak boleh baca Quran atau solat, takbimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyenbaca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulanRM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepadaTok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnyalebih berbimbang jika anak tidak dapat baca AlQuran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kirasiang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujanatau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhiperaturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) takhujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang kemasjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezekiAllah diminta tapi nak ke rumahNya segan danmalas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samadadengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias.Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhiasuntuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain.Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkanrumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kitaberlapang dada menerima hakikat sebenarnya.Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidupkita menurut landasan dan ajaran Islam yangsebenar bukan yang digubah mengikutselera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlahAllah yang menentukan peraturan hidup kita.Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah darikuwalaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnyaialah utk menanam keraguan di hatisuami terhadap kesetiaan isteri di rumah dankeraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.Sebab itulah Rasulullah tidak akan masukrumah sehinggalah Baginda mendengar jawabansalam daripada isterinya.Disaat itu syaitan akan lari bersama-samadengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursiapabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanyahingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan beradadlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tidak menegah akan diadaripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orangyg bersyukur,setiap perbuatan orang ygbenar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkanpadanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWTmengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - merekasemua memohon keampunan dan mendoakanbaginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikanpengambilan rohnya dan dia adalah sepertiorang yang berperang bersama Nabi Allahsehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWTberkenan memberi pertolongan kepadanya.