Tuesday, December 29, 2009

10 AMALAN TERBALIK YG SELALU KITA BUAT...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai danmenghitung kembali tentang amalan harian kita.Kadang-kadang kita akan dapati amalan kitaadalah terbalik atau bertentangan dari apa yangpatut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkinkita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikanapa yang dipaparkan dibawah sebagai contohamalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yangdilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatukematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuhdan seterusnya) adalah terbalik dari apa yangdianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullahtelah menganjurkan jiran tetangga memasakmakanan untuk keluarga simati untukmeringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,terpaksa pula menyedia makanan dan belanjauntuk mereka yang datang membaca tahlil.Tidakkah mereka yang hadir makankenduritersebut khuatir kalau-kalau mereka termakanharta anak yatim yang ditinggalkan oleh simatiatau harta peninggalan simati yang belumdibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kendurikahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wangyang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duitnak dikepit dalam tangan, maka segan ia nakpergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahorang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilahkita patut memberi sedekah. Kalau ke kendurikahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumahpanggil untuk diberi makan bukan untuk iamenambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kitaberpakaian cantik kemas dan segak tetapi bilamengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang takberbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampaihabis apa yang dihidangkan kerana rasa segandan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkanmakan dan dihabiskan apa yang dihidang supayatuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapikalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumahseperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untukmengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsutermasuk nafsu makan yang berlebihan tetapikebanyakan orang mengaku bahawa dalam cartaperbelanjaansetiap rumah orang Islam akan kita dapatiperbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggidalam setahun. Sedangkan sepatutnyaperbelanjaan dibulan puasa yang terendah.Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orangakan membuat kenduri sebelum bertolak keMekah dan apabila balik dari Mekah tak buatkenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialahkerana selamat dari bermusafir, maka dibuatkenduri, bukan kerana nak bermusafir, makadibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kitamempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anakmereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah kekelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapikalau anak tak boleh baca Quran atau solat, takbimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyenbaca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulanRM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepadaTok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnyalebih berbimbang jika anak tidak dapat baca AlQuran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kirasiang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujanatau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhiperaturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) takhujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang kemasjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezekiAllah diminta tapi nak ke rumahNya segan danmalas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samadadengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias.Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhiasuntuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain.Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkanrumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kitaberlapang dada menerima hakikat sebenarnya.Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidupkita menurut landasan dan ajaran Islam yangsebenar bukan yang digubah mengikutselera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlahAllah yang menentukan peraturan hidup kita.Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah darikuwalaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnyaialah utk menanam keraguan di hatisuami terhadap kesetiaan isteri di rumah dankeraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.Sebab itulah Rasulullah tidak akan masukrumah sehinggalah Baginda mendengar jawabansalam daripada isterinya.Disaat itu syaitan akan lari bersama-samadengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursiapabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanyahingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan beradadlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tidak menegah akan diadaripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orangyg bersyukur,setiap perbuatan orang ygbenar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkanpadanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWTmengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - merekasemua memohon keampunan dan mendoakanbaginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikanpengambilan rohnya dan dia adalah sepertiorang yang berperang bersama Nabi Allahsehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWTberkenan memberi pertolongan kepadanya.

Sunday, July 5, 2009

Missing My Prenz So Much!!


Salam sume....
dah lame gak kite x ketemu ya..ha3.. maklomla..eden xdo access ke tenet sgt sejek due menjak duk umah ni..ha3..
lame2 duk umah ni, naik kematu dan beku otak dibuatnye..dan yg makin kroniknye, bile badan mcm menjadi2 dipam oleh angin yg kuar masuk dlm umah ni..(ha3.. sebenarnye ko cover line mkn bnyk ckp jela..kih3)...
tp...one thing that make me sad the most is that, i'm missing my frenz tahap jula juli di angkasa raya..ha3( ayat bile otak dah masuk angin) hm..safa! k.imah! k.husna@ sharoba! miss u guyz so much!!

Wednesday, March 18, 2009

Tips atasi zina hati...

salam...

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
*
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
*
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
*
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
*
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Tuesday, March 17, 2009

Jum blaja bhs nipon!!! best wooo....

lps ni korg bole la menunjukkn ke"skill"an korg dlm bhs jepun dgn mempraktikkan senarai2 bhs jepun yg telah disenarai hitamkn dibawah ini..( ape kejadahnya ayat aku ni??)hahaha...

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI CIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOOL BAUKARI

perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.

Nuffnang Ads

cita2...(haha..lawak2)

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Thursday, March 12, 2009

Teman..kita diuji lagi...doaku untuk mu :'(


salam..

mungkin dkt sini jela tmpt utk aku luahkn perasaan aku. bl x ada teman or kawan disisi.. bl aku n die berselisih paham..adlh perkara yg btl2 buat aku sedih dgn keaadaan sekarang..

x sampai sebulan lg utk aku bersama dia dkt sini..yg aku harapkan sgt dlm waktu yg terdekat ni ya Allah,,kuatkanlah persahabatan kami.. berikanlah kami kesefahaman dlm mencari redhamu dlm ikatan ukhuwah yg suci ni yaAllah...Kau berilah kekuatan pd temanku ini utk menghadapi cubaan yg tlh Kau berikan dlm hidupnya ya Allah.. sungguh hati ini sedih tiap kali aku pikirkan ape yg tlh Kau tetapkan untuk dia hadapi dlm hidupnya..tp aku tahu ya Allah,,itulah caramu mengasihinya agar dia belajar erti sabar dn bersyukur..

Ya Allah,,aku tahu ya Allah,,aku gagal mnjadi sahabat yg terbaik utk temanku ini yaAllah.ini sahaja yg mampu aku lakukan untuknya.. doaku hanya yg terbaik untuknya yaAllah, berilah die seorang "teman" yg dapat membuatkan hatinya gembira lebih dr apa yg mampu aku lakukn ya Allah.. jika kesalahan ku ini, padanya amatlah besar,,ya Allah,,x terniat untuk aku melukakan tp sekadar menegur..kdg2 aku pn alpa dn aku bersyukur ya Allah,,krn ada temanku ini, aku sedar ya Allah..

ya Allah..Kau leraikanlah perselisihan antara aku dan dia ya Allah..sungguh aku menyayanginya keranaMu..ya Allah, aku bersyukur Kau temukn aku dgnnya ya Allah.. bnyak yg aku pelajari dn sedar setelah aku mengenalinya..aku pelajari solat duha' adalh penting krn aku serig kali melihat dia melakukannya..aku perhatikn sabar adalh utama tatkala ku lihat dirinya tenang bila musibah terjadi pdnya..aku teladani menjaga aurat itu perlu sehinngakn aku lupa yg kaki ini juga perlu dilitupi sehingga ku malu pd dirinya yg sering menjaga auratnya..oleh itu ya Allah, ko berilah pahala setiap perubahan ku ini kepadanya yg tlh bnyk menyedarkan aku ya Allah...

Ya Allah,,mungkin dgn kehadiran "teman"nya itu ya Allah,,die lebih bahagia dr berada disamping diriku yg bnyk kekurangan ini..oleh itu, jika diri ini salah dn die lebih mengutamakn temanya itu ya Allah..aku redha..jika ini penyudah bagi kenangan aku bersahabat denganya.. aku redha..jika akulah penyebab segala kesedihan yg dia rasekn..ampunkanlah dosaku ya Allah..aku tahu ya Allah,, ape yg aku rasekn sekarang ini x penting dlm hidupnya,,aku redha krn ada yg lebih "penting" dr sahabatnya yg bernama siti khadijah ibrahim....

Tuesday, February 24, 2009

Biar Allah saje yg membalasnye...


salam..

klu tgk dr tajuk yg aku tulis ni..bnyk bende yg ingin aku cerita n luahkn dkt sini.. tp, cukupla sekadar aku luahkn pengalaman aku yg x seberape ni sebagai pengajaran yg mungkin berguna pd org lain..

sahabat...bg kehidupan sbg penuntut ilmu n jauh dr rumah ni..mmg, x dinafikn yg kebanyakn masa kite lebih byk dgn kwn2 jika dibandingkn dgn keluarga sendiri..ade yg kite anggap lebih dr teman yg biasa,,tp, bukan sume yg kite harapkn dr die akn dpt die penuhi krn mmg itu lumrah manusia yg serba serbi kekurangan,..dan mcm tu jugak la aku..tp, kdg2 kite x pernah terpikir sume tu dn menjadikn kite cepat marah dgn kekurangan tersebut,,

mmg betullah ape yg org katekn,,makin lama kite bersahabat n rapat dgn seseorg,,makin bnyk jugaklah dugaan yg akn menguji persahabatan kite..dan mmg itu yg aku alami sejak akhir2 ni.. dn paling kemuncak sekali bila aku betul2 terasa dgn perbuatan die..mmg dh jd prinsip aku yg aku ni mmg jenis x suke org yg x tepati janji, mungkin sbb sblm ni pun dah bnyk org yg mungkir janji dgn aku n aku terbawak2 sampai sekarang..

mmg sedih bl org yg kite hrp pegang pd janji x dpt nak tunaikn ape yg die janjikn..bg die ape yg aku pk n rase ni bende remeh n x penting..iye,,,mungkin die pk yg bende yg die janjikn cume bende remeh yg x penting pun utk die tunaikn..tp...bkn itu yg aku kesahkn,,yg aku kesalkn sgt2 bl JANJI yg die buat,die x tunaikn,,paham x?? bl kite mengharapkn sesuatu dr sesorng, tp die x tunaikn..ape yg korg akn rase??kecewa n sedih kn?? mcm tu la aku..sampaikn die kate aku ni suke pk yg bukan2 mmg paling aku xdpt terima.. terus aku menangis sampaikn aku lupe dgn org keliling aku yg dh pandang aku ms tu..tp, xpe...terdetik dlm hati yg tgh sedih amat ni utk balas balik ape yg dikatekn,,biasala,, hati bl dah marah, mcm2 yg kite nak buat,,setan dah gerenti suke la time2 mcm ni..so, aku pun taip la msg utk dihantar dkt die..." aku harapkn satu hari nanti kau akn rase ape yg aku rase sekarang ni.."tp,,,,ntah mcm mane,, aku cuba jugak pujuk hati ni jgn la aku bls balik ape yg die kate dkt aku,,sbb, aku mmg sayangkn persahabatan ni,,aku cube pk bende2 baik yg die dh buat dkt aku dl..

dan Allah tu maha kaya.. keesokan nye... ape yg die buat dkt aku..mmg itulah jugak yg die alami aritu..bile 'sahabat' die sendiri yg mungkir janji dgn die, mcm mane die menangis,geram,sedih, kecewanya depan mata aku..mcm tu jugak la yg aku alami.. tp die x tau sume tu n biar la aku simpan sorg2.. dlm hati aku terdetik..ya Allah, mungkin ini hikmahnye bl aku sabar.. Allah balas yg serupe jugak dkt die..tp, bknlah bermaksud aku hepy n suke bl bende tu terjadi pd die,, tp,,ade sesutau yg berguna yg aku boleh ambil bl sume tu terjadi n bende tu mengingatkan aku pd kate2 lecturer aku..."bl, ade org buat x baik dgn kite, xperlulah kite nak bls balik ape yg die buat n serahkn sumenye pd Allah..even nabi sendiri dihina dan diperbuat lebih teruk dr kite n sabar die melebihi dr ape yg kite dpt tahan,,mcm ape yg abu lahab buat dekat nabi ms die berdakwah,nabi x pernah bls balik n beliau serahkn sumenye pd Allah n kite sendiri tau mcm mane lps dr tu,Allah balas balik n melaknat abu lahab lebih teruk lg dlm surah al-masad..Allah tu maha mendengar n sentiasa pegang pd janji2nya.." ya Allh, mmg betul ape yg lecturer aku katekn n aku sendiri alaminye..

jadi,,,pd sesape yg ade rase2 nak bls balik ape yg org len dh buat pd die,, xpayahla..mungkin Allah nak uji sejauh mane kite sbr dgn dugaan yg die bg,,n kite kene terima,,cuma, antara lambat dgn cepat je Allah akn bls..so..sbr ye kwn2..

itu je la kot..pd' sahabat' yg mungkin bace ape yg aku tulis ni.. bkn niat aku utk memalukn or menyakitkn hati..tp,,inilah yg aku rasekn,,harap,kite same2 dapt perbaiki persahabatan kite..semoga dlm rahmat Allah.. insyaAllah..

wassalam..

Sunday, February 15, 2009

IKAN SARDIN BOLEH BAWA MAUT??

salam..

kepada sesape yg terlalu suke mkn ikan sardin, xkesah lah karipap sardin ke,pau sardin ke,stlh korg sume bc artikel ni,,gerenti korg akn pk 2,10 kali nak mkn ikan sardin lg ke x pasni..

p/s:artikel ni aku jupe dlm satu lmn web..ape2 pn..layankn je la..he2..

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam
lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar.
Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar,
rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak
perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan
kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan
sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat
sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun
tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya
berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa
berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas
memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu
ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan
tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk
ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah
guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana
sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan
sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang
bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka
makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin.
Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang
dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin
dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia
lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua
tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang
mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3
malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang
ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini
dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut
selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang
ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan
sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya
ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam
tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan
ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya,
bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila
mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan
bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang
terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di
dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba
Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke
rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan
mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang
sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah
memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok
mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal
40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang
perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti
fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak
ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-
pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan
sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan
kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia
akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan.
Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam
rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah
seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak
keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan
sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya
ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini,
sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat
ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa
dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.
Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan
ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan
syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah
ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak
sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba
lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara
yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas
itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka
ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah
pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah
dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor,
fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Dipetik dari Halaqah.net

Wednesday, February 4, 2009

Aku....Teman.... dan Sahabat......



Print E-mail
"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "
~Imam Umar bin Abdul Aziz~

Friday, January 16, 2009

Kalam Hatiku pada Mu ya-Kholiq..


Hatiku berbicara.. "Ya Allah.. Entah apa yang ingin aku katakan.. terlalu banyak dosa yang telah aku himpunkan.. terlalu jahil untuk aku untuk mengerti keEsaan-Mu.. terlalu payah untuk aku mengecapi redha-Mu.. dan terlalu gundah hatiku untuk mengerti.. membelai diriku dengan segala kekeliruan.. Ya Allah.. berilah aku nur-Mu yang terang.. bergermerlapan agar aku tidak lagi dalam kegelapan.. hilang segala ketakutan.. bermulanya aku untuk meniti setiap titis kerinduan-Mu.. ketenangan yang bukannya terlihat pada hiburan.. tetapi pada ayat-ayat suci-Mu yang mencoretkan segala pujukan.. mengajar aku erti kebenaran dan kesahihan.. Ya Allah.. tetapkanlah keimanan yang telah Engkau wujudkan dalam diriku.. suburkannya dengan tinta-tinta sunnah Nabi-Mu.. mekarkannya dengan wangian keredhaan-Mu.. anugerahkannya dengan kemanisan iman-Mu.. Ya Allah.. sesungguhnya aku merindui setiap bibit kasih-Mu.. yang bukannya sementara tetapi untuk selama-lamanya.. aku akui Engkaulah yang punyai sifat yang syumul.. yang tidak ada pada kami.. maka Kau ampunilah kami Ya Allah.. atas segala keterlanjuran yang telah kami lakukan.. dan sejahterakanlah nabi junjungan, Muhammad S.A.W.. Amin..amin..Ya Rabbala'lamin..

Thursday, January 15, 2009

Kekalahan yg penuh GAYA!!!

TEAM SHAFIYYAH YG HAPPONING PALO DEN!



salam..

minggu ni dak2 uia still sibok ngan sports carnival..x kurang jugak yg x msk ape2 but msh mengambil bhgn dlm menepekkn diri di padang2,ataupn di kaunter2 air yg disediakn percuma utk players2..(dorg pn nk air free gak..haha) ..


lady in pink with the burned skin face..hahaha..



ramai gak la yg amik bhgn dlm game2 yg dianjurkn,,yela,ms ni la dorg nk tunjukkn bakat dlm sport,klu dl dorg x leh men ms skolah atas sbb2 penyakit berjangkit yg ditakuti akn berjangkit dgn pemain2 yg lain,,ataupn,sbb yg x masok dek akal seperti, xde seluar sukan nk main,xde kasut,x cukup berat bdn,x cukup bilangan gigi,dn juga sbb2 yg x munasabah yg tlh diguna pakai oleh mereka yg sebenarnye nak mengelak dari cikgu pendidikn jasmani dorg..haha..


aku pn nak la jugak contribute utk mahallah(kolej) aku,,so aku pn try la msk hoki,,wat pengetahuan korg,aku ni x penah men hoki,yg paling klako nye,,bile dorang tnye aku pe name kayu hoki tu pn aku x tau,,tp aku x mohla org tau yg aku ni jahil sgt ttg hoki ni,,sku pn,tanpa segan silu sebutla yg name kayu tu joystick...ape lg,tergelak besola mereka2 yg berada di tempat kejadian waktu tu..(adus...wat malu je la ko ni ija)..hahaha..

tp, tu sume x mematahkn semangat ayam aku yg berkobar2 nk men hoki nih..aku ngan k.husna(roommate ku yg tingtong..haha) pulun la p trening tiap2 mlm,,tibe waktu match hoki tu plak,kitorg pn semangatla nk men dgn tema baju kitorg yg kaler pink tuh..(anda sume boleh lihat model yg agak cumei seperti gambar diatas sebagai rujukan yew)kikiki..pasan sunggoh!(suke hati aku la)hahaha..

tapi,,disebabkn players2 shafiyah yg sgt terer dn penuh dgn misteri nih,,kitorg x dpt la menjaringkn sejibik gol pn aritu..yela..mane x nye,dh kitorg ni jenis misteri,mane org berani nak bg bola kat kitorg..(sebenarnya itu adlh alasan x mau ngaku yg team dorg ni x gheti men hoki)..ha3..ok la..aku ngaku la..puas ati?kih3..ape2 pun..it's quite a nice game since kitorg yg xde player uia ni pn klh 0-1 je ngan team len,ade team lain tu yg siap 2,3 org player uia pn kalah 0-2..(hahahaha,,padan muke korg) jahatnye aku nih..

tp, sekalah2 kitorg,kitorg kalah bergaye wa cakap sama lu...sbb nye, mane ade player yg jatuh tergolek ala2 gaya dlm cite the matrix bile main hoki..ade ke?ha.. klu nk tau, aku la org nye,,boleh la plak aku jatuh masa nk kejor bola hoki yg sebesar telur burung unta tu..dah la ms tu mate sume org tgh tgk bola tu..tibe2 lak kene lak tgk aku yg jatuh bergulung2 tuh..hahaha..(padan muke ko ja..)

neway, dlm bnyk2 game,game hoki ni la yg plg best pnh aku main..dgn teammates yg sengal2 bdn dan juge kepala..haha..lagi2 ros yg excited gile bile org pas bola dkt die time main hari tu..(menunjukkn yg kitorg ni heppy je bile main)..kalu la die x pegang stick hoki tu..aku rase, dah lame dh die tepuk tgn sbb berjaya dpt bola..mhuahahah..(sori ros)..

whatever pn,,aku bangge dpt main ngan player2 shafiyyah yg besh2, n sengal2 ubi,sampai gelak x hengat dunia..ki3..dn juga aku berjaya memaksa k.husna yg sememangya susah nak ikut aku p wat aktiviti lasak2 sikit..(yg die tau n plg suke,,,shuping je la..)haha..

GOooooooooooooooo SHAFIYYAH!!!!!!


with k.husna pemain ganu yg dh pencen


Wednesday, January 14, 2009

Air-air!!!!!!!!!

salam..lately,aku mls sgt nk layan blog ni since xde cite yg menarik,,nk smbung cite psl obses tu pn aku xde mood..kesimpulan yg boleh disimpang-siurkn disini..minggu ni adalah minggu xde mood aku..haha..

semalam,berita psl lori minyak accident yg dh mencemar dulikn sungai gombak menjadai topik hangat.fm kt uia ni..ye la..mane x nye,,dhla sungai tu punca air kitorg,so,,akn berkering kontangla dkt uia ni..rummate aku awal2 lg dh tau psl berita ni,,dgn sepantas kilat dn petir,,dorg pn mengumpulkn air kedalam baldi, n bekas2 yg ada..termasukla bekas tin beskot,bekas cap jari,dn juga bekas2 tapak kaki yg tinggal..(ape kene ko ni ija??)..haha..aku tgh pening ni sebenornye..jap lg aku nk telan sepapan panadol wat ilang poning ni kang..adoiyaiii..

tp tu la..bile xde air ni la..br kite nk blajo hargai air..klu dl xde nye nk kesah psl jimat2 air ni,,bl mandi..klu berghejam2 mandi sambil menyanyi lagu siti naurhaliza bertajuk jerat percintaan korg bkn kesah sgt pn..korg x tau ke air yg mengalir tu klu korg wat jirus pokok,dh lama pokok tu berbuah aku rasa..mhuahaha..bl dh xde air ni..siapla korg nak jimat2 bagai nak rak..siap klu bwk air p klas pun sanggup minum bwh meja tu..(nak sorok la punya pasal)..maklomla,,takutla,,kot2 org len mintk die nye air..hahah..extremenye la org yg jenis nih..


ok la...itu jela peringatan utk ari ni..renung2kn ..dn selamat beramal..ngeh..
wassalam

Monday, January 5, 2009

Bile Obsesi Mengawal Diri..(episod 1)

salam...
minggu ni ade mcm2 cite yg menggelikan bulu idungku,yg melemahkn sendi2, dn x kurang jg yg meginsapkn diri..

sj je nk kongsi cite ni tuk korg nilaikn dn boleyla korg promotekn kat mane2 kedai buku kanak2 yg menerbitkn cerita bwh umur sebegini.mhuahahaha..for those yg terasa berada dlm watak ni,diharapkn tidak melaporknnye kpd badan kebajikn masyarakat utk tindakn selanjutnye.ini krn,cerita ini tidak ade kene mengena utk mempromote diri korg kt dlm blog aku nih..tp, klu korg terasa gak,maka eloklah korg telan sebiji empat papan panadol utk melegakn loya2 dn mual2 bile membaca cerita ini..(ija!!ape ko merepek ni??)haha..suke ati aku la..aku nye blog!

cerita ini bermula dgn soalan cepucemas yg berbunyi " kenapa Pak Lah suke mkn sup tulang?" haha..x la,,soklan yg sebenornye gini,,korg prnh rs terlalu obses x dgn sesuatu?cop2..mule2, lebih molekla aku menterjemahkn dl "ma ma'na al-obses ye murid2!!"(haha..teringat dkt mdm yg ajo subjek econometric yg tb2 termengajor b.arab)..ok2..mengikut kamus pustaka alam misteri niyang rapik,,al-obses adlh sejenis penyakit hati yg boleh menyerang sesiape sj yg suke pd kaler pink..ha2!!!dh cuak r tu kn? sape suh suke kale tu..x ke bnyk lg kale len yg korg bley suke,ini asyik2 pink,asyik2 pink,,getik teman mendengornye..mhuahuahuahuahuaha!!!(gelak ja-at) ..haha..(betol ke x ko ckp ni ija?)..mmgla xbetol,tp x tau le klu ade yg lurus je jendul kt dahi die tu yg percaya..kah3..

(ko ni bnyk merapek la)haha..br ko tau aku nye perangai..ha,,ni br dlm blog..klu korg jupe aku,dah sah2 korg kene mandi bunga tuk ilangkn badi yg melekat kt korg tuh..(tahyul betul budak ija ni, ni mst bnyk tgk aksi bok miah ni) ish3..tobatla..ok,,berbalik kite ke pangkal jln,,mane eh? ha.. dkt ma'na al-obses tu ye..lupe plak cekgu.. ade la sorg minah tu,, (sape?) biorla aku melahsiekn name beliau..almaklomla..aku ni tgh pose,,silap2,terbatal lak aku nye pose nih..(eh,bkn same je ke ko cite ni mcm ngumpat?)..mane ade la..aku mane ade ckp sape2 dlm cite ni,, kire x la kn..haha ikut mazhab sndr..

ok la... biorla teman name kn minah yg al-obses tu sbg...ish kcu lak makhluk purple sblh aku ni..syuh2..sori ye..eklan jap..ha, ape kate kite panggil beliau sbg pikachu (x hape2 la name)..suke ati aku la..haha..gini yg sebenornye, si pikachu ni ade la kekasih ati,jantung dn paru2 yg aku bg name sbg parameswara,,si pikachu ni bleyla dikatekn lawo(lawa kew?) haha.. xpe2..puji la ckt, tp ttp x bley lwn lawo aku lg bile baru lps melaboq,,hihi,,(eee..busok punye olang)..sape suh korg bau..haha.ok, la,,si pikachu n si paramewara ni pnh berkapel...*diulangi.. pernah berkapel ye puan2..mksdnye,,skrg dorg x kapel lg la..(ape ke susah benor korg nk phm ayat aku nih?ish3)..dn si parameswara ni,, nak dijadikn cite, pnh hatinye terpaut pd seorg puteri kayangan yg namenye pinkaler..(kakakakkaakahhhhh!!!gelak sambil pegang perut)..die terpaut dgn pinkaler ni lame dah..sblm jupe ngan pikachu lg..penah gak parameswara ni cb meyatakn perasaan pd pinkaler,,(ayat...mcm tgk kamus je ko ni ija)..haha..tp, si pinkaler ni, x get ready lg at that time sbb alasan msh blaja lg (hehe, ala,, standard la alasan ms skolah dl,korg pn penah bg alasan mcm ni kn?) ke si pinkaler ni sorg je still pakai alasan tu?hahha.. hm,so, si pinkaler n parameswara ni hanya berkawan je la..sampai la si parameswara ni berjumpe ngan pikachu..bile dah kapel tu,,paham2 je la perasaan org berkapel..mesti la syg kn,,ke ade yg kapel tuk dibenci kapel dorg tuh? klu korg rs mcm ye je jwpn bg soklan aku nih,,nasehat aku,,lebih baek korg tukor le pasangan korg tu ngan bende2 yg xde perasaan contohnye korg kapel la ngan tiang letrik ke,pondok pak guard ke,x pn..korg carila sekor lembu jantan yg still single kat kampong korg tu tuk dijadikn teman..yela..ade ke pasangan yg yg partner die suh die benci die bl kapel?(apekah?????).. dah tu,berkapel la si parameswara ni ngan si pikachu mcm pasangan len..makin hari, makin syg la si pikachu ni dkt parameswara sbb diberi layanan mcm seorg waiter melayan customer yg mkn kat warong dorg,ataupn mcm kondukter bas melayan penompangnye,ataupn mcm makcik senah si penjual karipap yg hargenye 3 ketol sehengget di kantin sekolahnye..ataupn sape2 je la yg korg rs boleh dijadikn sbg contoh rujukn..tapi,, ade sesuatu yg x kene ngan pikachu ni.. jelesnye,,ya Robbana..teramatla ketara,sampaikn makcik senah yg jual karipap tu pn menjadi mangsa kejelesan si pikachu ni..(ade ke patot?)..ish3..mmg x berpatutan betoll die ni..ape ke slh makcik senah tu?? adekah slh inti karipapnye yg terlebih kentang?adekah slh kulit karipapnye yg terlalu garing? ..xde jwpn yg boley mengexplainkn punca sbnr kenapela si pikachu ni jeles bebenor ngan org len..yg boleh disimpulkn hingga terbelit disini adlh,,,tepuk dada,tanya selera..hahaaaaaa...

so, mane la si parameswara ni nk thn klu sblm ade ikatan ape2 lg si pikachu ni nk jeles x tentu pasal..yela... bkn la nk kate yg parameswara ni suke menggatal n menyebabbkn pikachu jeles..aku kenal la parameswara ni mcm mane,, baek org nye,, ade agame,, even die pnh ubah perangai seseorg tu jd lebih baek lg..(mane ko tau ni?)..aku tau la..korg x baca sejarah parameswara ke masa darjah 6 dl?..patutla x tau..haha..jd, si parameswara ni nk la mintk diberi ruang bg die mencari jwpn dlm idupnye(ayat nak mintak clash cara berbudi bahasa)..so skang ni xde la dorg mcm dl lg,, tp mslhnye,, si pikacu ni plak,x leh lgsg terime kenyataan yg de dh wat slh n still jeles lg ngan org2 sekeliling parameswara termasukla makcik senah,,mak guard kolej aku..dan x lupe juga dkt pinkaler(parameswara's 1st love)..satu kejadian yg pelik,yg mengharu birukn, dan yg mengacau bilaukn tlh berlaku dlm hidup pinkaler ni bile si pikachu cube merapatkn diri dgn beliau..nak tau ape??? tunggu siaran akn datng bersama sy,,,cekja cumey,,di hari dn muke yg serupe,,tungguuuu!!!!!








Saturday, January 3, 2009

Hakikat Sebutir Permata Hiasan Dunia


Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.

Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.

Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.

Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdir-Nya.Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki.

Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan.Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.

Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).

Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.

Ya, mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita bergelar muslimah sejati.

Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan.Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya.Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.

Buat para muslimin,carilah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian di sana nanti,iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah.Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa.

Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.Itu semua ketentuan Tuhan.

Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti.Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya.Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi.Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.

Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^

“Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya,keturunannya,kekayaannya dan agamanya. Maka, pilihlah dari segi agamanya, nescaya beruntunglah kedua tanganmu,”

( rasa len macam plak guna ayat skema ni..hihi..x pe ah, asalkan kome dapat amik input2 berguna drpd. artikel nih..ok,papai…wassalam...)

Friday, January 2, 2009

SIAPE NAK BLAJO WAT BLOG? ANGKAT TANGAN!!!

salam sume~
posting kali ini adalah diciptakan khas buat mereka yang mempunyai kaki..kaki ape? kaki2 yang seperti berikut adalah kaki2 yang dimaksudkan itu:

1. kaki2 tenet..(jenih yang dalam 24 jam yang beliau ada, 23 jam 59 minit beliau abihkan masa depan tenet menenet..)
2. kaki2 blog..(jenih yang suke merepek tentang diri sniri dan masyarakat sekeliling dalam blog jua yang tak rajin merepek tapi rajin baca orang lain merepek dalam blog..)
3. kaki2 pukul..(jenih yang slalu pukul orang len bile beliau sniri tak reti nak wat blog tapi suke nasabkan kesalahan kat orang len yang reti wat blog tapi tanak ajo camne nak wat blog..)
4. kaki2 perfection taste (janji ade blog dahla tapi jenih kaki yang ni tanak yang simple2 nak yang perfect dan takde orang len yang wat blog macam beliau wat..)
5. kaki2 cuba try test (jenih yang suka mencuba benda2 baru jua benda2 lama yang beliau sniri tak tau jadi bagi beliau baru la tu..)
6. kaki2 yang tak reti putus asa (jenih yang bila memblog tapi takde sorang pun masuk blog dia tetap tak rasa pape perasaan nak delete blog tu..)
7. kaki2 glemer (jenih yang ni nakkan nama semata2..bila blog glemer bangga tak memasal pasal 50ribu orang visit beliau punye blog padahal beliau sniri yang set counter bilang pelawat blog start from 50 ribu..)
8. kaki2 yang berbau stokin (jenih yang ni gerenti stokin tak penah basuh sejak beli 18 taun yang dulu)..
9. kaki2 dakwah (jenih yang ni bagus..ingin memanipulasikan teknologi semata2 untuk kemajuan Islam..sebenarnya aku harap tergolong dlam golongan ni la..insyaAllah..)
10. kaki2 judi (renti2kanla bejudi tu..buang masa buang duit buang pahala..baikla buat blog..)
11. kaki2 botol (sambil2 menaip blog minum berbotol botol air mineral..bagus untuk musim2 panas ni..demi menjaga kesihatan ginjal..)
12. kaki2 tpu (kalau dah buat blog janganla menipu buh cite2 gosip la ngumpat2 la tipu2 orang la..dosa tuh..)

jika anda mempunyai salah satu atau salah dua atau salah tiga atau salah pat atau salah lime atau salah nam atau sampai slah doblas atau anda mau tambah lagi kaki2kukukakiku sampai bape ratus juta kaki ikut suka lah..maka silalah baca posting ini..ngeh3..

actually aku akan pecahkan tutorial blog ni kepada beberapa part..kita start from the basic k..aku akan cube update dari masa ke semasa..insyaAllah biiznillah..dan aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang memblog ni..goblog lagi sebenarnya..[goblok cakap jawa ape maksudnye?bukan bodo tak memasal k..jahil skit2 je..jahil la kene blajo kan?everyone start from zero rite?]

becakap tentang sejarah aku memblog..aku mula menseriuskan diri aku yang jarang sekali serius ni dalam bidang blog ni hanya pabila aku berada di sem2 ni..actualy daripada dl lagi tingin nak wat blog..tapi dok tahu starang..dok reti kebende..tanye2 orang sume tanak ajo..sume ngaku tak tau..[tanggung la korang bahana menyorokkan ilmu..kitman!] jadi hasrat tu terpendam jela dalam lubuk hati aku yang lebih dalam daripada lubuk tupah ni..hinggala aku tgk k.husna yg syiok menulih dan mengenterpramekan diri dkt blog die..alkisahnya member lama aku teman semerempit masa zaman skolah dulu telahpun masuk MMU..nak sebut ke name beliau? tak payahla..kang beliau bangge plak..kita panggil beliau shamama je..takyah buh name penuh..sat gi beliau plak yang glemer di blog aku..tenggelam lak populariti aku yang tak brape nak populer ni..[tolong la weh aku bukan gile glemer] shamama ni pada suatu hari beliau mempromot kat aku yg beliau telahpun mengetest2 buat blog..dan meminta aku mengomen hasil kerja beliau..aku bukak dan aku terus terpegun dengan blog beliau yang kononnya amat mengancam pada masa itu..[padahal biase2 je..tak best mane pun..hahaha jgn marah sham..] lalu dengan excitednya aku meminta beliau jangan sep ilmu dan mengongsikannya dengan aku..dia tanpa banyak cakap dan berdolak dalih terus mengajar aku cemane nak buat menatang yang dinamakan blog ini..dan sedikit basic cara2 camne beliau mengetemplatkannya..[ape punye bahasa tah aku pakai ni..kalau dewan bahasa dan pustaka nampak ni mau kene saman..huhu..] sekalung tahniah aku ucpkan pada beliau kerana sanggup dan sudi mengajar aku yang dhaif lagi jahil ini..[tahniah pebende lak aku nak cakap time kasih..hahaha]

ieja..plis jangan cakap banyak..sudah2la..kate tadi nak ajo wat blog..ni cite ape lagi panjang2? takkan nak tunggu keyboard ni hinggap kat kepala tu? hah? tak cukup keyboard? nak kene baling cpu ke? [mesti korang cakap camni dalam ati kan?kan?ngaku jela yang korang memang tak suke aku taip panjang2..hahahaha] lets get started!

blog ni ada banyak domain..2 domain paling glemer dalam dunia blog adalah blogspot dan wordpress..tapi ada jugak domain lain yang tak berape nak berjaye masuk ranking macam blogdrive.. bloghang.. bloggingsambiljoging.. blogaritma.. bloggyandthecockroaches.. goblok..dan lain2 lagi..dengan itu aku memilih tutorial blog ini berdasarkan domain blogspot dek kerana aku mahir sikit [sikit je pun tak payah la belagak teraa] dalam blogspot berbanding ngan bloghang blogaritma blablabla apekebendejadahtah tu..jadi kalau tingin nak wat kat wordpress ke ape ke tanye kat orang len la eh..aku leh ajo blogspot je sebab tu je yg aku tau..hok lain2 tu dah tak tau takkan la nak ajo bende yang tak tau kan? apekah?

kita mulakan..bismillahirrahmanirrahim..bende yang pertama skali anda kene ada adalah akaun email kat gmail..sila buka http://www.gmail.com dan tanpa segan silu silalah mendaftarkan akaun anda disitu dengan jayanya..jika anda telah pun ada akaun email kat gmail..dok dendiam dan jangan lupa username ngan password pulak..[kang kalo tu pun nak tanye aku sila lepuk lutut anda seniri dengan monitor 22 inci sehingga skrunya longgar..aku maleh nak layan kes2 kecik camtu..haha..]

setelah ada akaun email di gmail.. sila buka http://www.blogger.com maka anda akan mendapat paparan seperti ini..


murid2..tengok gambarajah dibawah ni yee..cekgu dah tandakan merah pada tempat2 yang perlu diberi perhatian..segala yang perlu dilakukan akan diterangkan dibawah gambarajah..jangan conteng gambar yang cekgu bagi tu yee..kalau tak cekgu rotan tapak kasut awak sumee sebanyak 19 kali beturut2 tanpa henti~


1. isikan username iaitu email yang telahpun korang punyai sebelum ni..contohnya emel aku kat situ iejadelegend@gmail.com jadi cuma isikan iejadelegend as username..
2. sila isikan pasword email korang tadi kat dalam kotak password..
3. tekan create your blog now..


1. kat bahagian display name ni bubuh la name yang korang nak kuar sebagai nama penulis posting yang akan korang postkan pada tetiap posting yang akan korang postkan sebagai posting postmen postoffice postkod postmortem dan lain2 post yang ada kat dunia ni..
2. tandakan rait pada jawapan yang betul..mane de jawapan btul salah kat situ..tanda je la rait kat i accept tu..tanda korang stuju ngan apa yang korang sniri isi..kalo korang snri tak stuju sampai bile pun tak jadi blog tu..
3. proceed dengan menekan butang continue..


1. buh la tajuk ataupun nama blog korang yang korang idam2kan selama ni..contohnye: blogku yang hampeh ke..ataupun aku seorang manusia ke..ataupun jangan baca blog aku ni ke..ataupun aku seorang blog ke..ataupun blog ni bukan blog bapak hang ke..ikut suka la..blog korang bukan blog aku..hahaha..
2. buh satu nama yang akan jadik korang punye address ataupun url untuk orang masuk blog korang..cam blog aku ni aku daftarkan atas nama http://www.iejadelegend.blogspot.com jadi aku buh iejadelegend kat dalam kotak tu..
3. untuk memastikan nama kita tu masih takde sape yang guna..tekan la check availability tu..kalau dia kata takleh pakai..tanda dah ada orang lain yang guna adress tu..tukar la lain..macam la takde nama lain..yang nak sama nama ngan aku tu jugak apekehal?


1. bila dah kompem takde orang pakai nama tu..tanda kita buleh pakai la nama tu..dia akan tulih this blog address is available..
2. maka teruskanlah proceed dengan menekan butang continue..


seterusnya..anda akan diberi pilihan templat basic ataupun design2 asas pada blog anda..pilihla yang mane kaler berkenan..ade orang kenan kaler itam..buh la itam..ade yang kenan ijo..ikut la citarasa memasing..kalau tu pun nak tanye pendapat aku aku ketuk telinge kome ngan headphone..bile dah pilih..tekan la butang continue..


dia pun kate blog kome dah siap dicipta..tekan la pulak stat memblog..tunggu ape lagi..dah 90% siap dah tu..sikit lagi..jangan bangga dulu..sabo2 la dulu..kot iye pun..tak menyabo..kang aku pelangkung siku tu ngan sesiku L kang tau plak nangeh..ce bawak2 besabo..


1. dengan ini anda dikehendaki mengepost posting yang pertama..sebagai step akhir sebelum blog diview..pada bahagian title buhla tajuk posting korang yang korang nak pos guna fedex tu..
2. ni toolbar macam ms word tu..untuk edit2 posting korang tu la..nak tuko font ke..nak kekiri kekanan ke..nak buh gambo ke..bideo ke..sini la button2nye..
3. tulis la ape2 yang korang rasa nak luahkan kat sini..nak luah ke nak ludah ke nak muntah ke aku tak care..dok amik cakne..ikut ah gane2 pun..
4. ni bahagian kategori..korang isi la kot2 dikendian hari nak asingkan artikel2 korang ikut kategori..kot2 blog korang ni banyak sangat jenis artikel kan..ada yang ilmiah..ada yang merapu..tanak bagi campo2..so kat kotak ni la korang nak letakkan kategori tuh..supaya mudah sok pembaca nak cari artikel ikut selera diorang..
5. siap sedia untuk dipublish dan disiarkan dikhalayak ramai..


dia pun kata blog ko dah pun tersiar..sila tekan view blog tanpa segan silu dan malu2 kucen dikejar kamben..kalau nak dia bukak ikut window lain tanpa kaco window yang sedia ada..silalah tekan in a new window..


siapla menatang yang dinamakan oleh orang ramai sebagai belog~ pasni baru la korang leh bangge ngan blog korang yang dah wujud dalam alam semesta nih..satu dunia beb baca blog korang ni..mau tak bangge..[padahal kosong lagi tu..biokan jela..baru nak sonok janganla potong stim kasik lemah semangat dorang plak..] bravooo~ bravooo~ tahniah kerana anda sudahpun mempunyai belog~~

cukup dulu stakat nih..sebagai asas..insyaAllah kita sambung dalam siri2 yang akan datang..slamat membelog pada mereka yang baru je nak menceburi bidang belog membelog nih..ahlan2~ (^_^)